Draft:MIYIO

From Wikipedia, the free encyclopedia

Akronim MIYIO membawa maksud Malaysia International Young Inventors Olympiad.[1]

Konteks[edit]

Bermula pada 2012,MIYIO merupakan sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bersama badan institusi pendidikan tinggi kepada pelajar-pelajar untuk mempamerkan produk inovasi yang telah dicipta oleh mereka sendiri.Pertandingan ini disertai oleh pelbagai jenis institusi pendidikan sekolah menengah seperti Maktab Rendah Sains Mara,Sekolah Berasrama Penuh,Sekolah Kluster Cemerlang,Sekolah Antarabangsa dimana acara ini telah disertai oleh pelajar dari dalam dan luar negara.Inovasi yang dicipta adalah berpaksikan bidang-bidang sains sepert Sains Alam Sekitar,Sains Sosial dan Sains Inovatif.[2]

Antara bidang pingat yang dipertandingkan ialah :

1.Best Video Award;

2.Best E-Poster Award;

3.Best Presentation Award;

4.Best Paperwork Award;

5.Best Overall Team;

6.The Best Overall Category (PLATINUM AWARD).

Pertandingan ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan inovatif juga mewujudkan pelajar yang berkemahiran tinggi dalam membuat kajian persendirian dalam subjek STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) untuk mencipta inovasi yang mampu memberi manfaat kepada manusia sejagat.Antara inovasi yang telah dianugerahi Platinum Award ialah QIRUWAFIA (2022), MOBILE PERSONAL SPACE (2022) dan CORN WASTE TO CORNKIES (2022).[3]

Acara pertandingan MIYIO pada tahun 2023 akan dianjurkan oleh pihak sekolah SMS Tengku Muhammad Faris Petra yang akan berlangsung selama tiga hari di MYDIN Tunjong,Kota Bharu.Pertandingan dijangka akan bermula pada 6 Oktober 2023 dan akan berakhir pada 8 Oktober 2023 ,namun persediaan awal seperti slaid,poster dan projek inovasi mestilah dilaksanakan dahulu.[4]

Aturan pertandingan[edit]

Para pelajar kehendaki untuk;

1.Mencipta sebuah inovasi baharu atau penambahbaikan kepada inovasi sedia ada.

2.Membuat presentasi tentang projek inovasi yang telah dilaksanakan menggunakan pelbagai medium seperti poster,brosur edaran dan slaid interaktif.

3.Membuat satu kertas laporan saintifik untuk dokumentasi projek.

Rujukan[edit]

  1. ^ Administrator (2023-08-01). "Home". MIYIO 2023. Retrieved 2023-11-09.
  2. ^ Administrator (2023-08-01). "Home". MIYIO 2023. Retrieved 2023-11-09.
  3. ^ "MIYIO 2022". stf.edu.my. Retrieved 2023-11-09.
  4. ^ Administrator (2023-08-01). "Home". MIYIO 2023. Retrieved 2023-11-09.